“Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Tuhan, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah”

Wednesday, 12 February 2014

Mari Belajar Pantun Teka Teki ( Bahagian Tubuh )

Bunyi guruh bunyi halilintar,
     tanda tibanya musim tengkujuh;
Cubalah teka adik yang pintar,
     satu anggota berlubang tujuh.

Bangkit tidur waktu subuh,
     hendak berangkat ke dalam kota;
Tumbuh segar di pelosok tubuh,
     wahai adik cubalah teka.

Pergi ke kedai membeli kelapa,
     hendak dimasak lauk kari;
Ia terletak di bahagian kepala,
     apabila ditoleh ia pun lari.

Masuk istana membawa ciku,
     menghadap raja dapat kurnia;
Apabila ditutup setebal buku,
     apabila dibuka sebesar dunia.

Pergi ke sungai waktu petang,
     membawa bubu dan juga lukah;
Batang bukan sebarang batang,
     batang tidak boleh dilangkah.